Tuesday, November 3, 2009
Friday, June 26, 2009
Kubur Islam di Singapore
Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura.
Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
wALLAHua’lam.
Monday, May 18, 2009
PETUA bukan Pemuda, heee
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
Tuesday, April 28, 2009
KAWAN
Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang... ... .
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit... ..
Kata atuk,
KAWAN tu seperti air terus mengalir... ..
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana... .
Kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata... ... ..
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan... .
Kata adik,
KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde... ... .
Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT
LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN
& MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan... tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku..
ISTIMEWANYA WANITA
" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."
" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"
" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
" Sabda Nabi S.A.W:
"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Kotak Hitam
Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."
"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.
TAKUTLAH AZAB NERAKA
Petikan dari Tuhfah al-Ahwazi Syarah Sunan at-Tirmidzi
Dari Nu’man bin Basyir , sesungguhnya Rasulullah bersabda ” Sesungguhnya ahli neraka yang peling ringan azabnya adalah seseorang yang tapak kakinya dibakar dengan sepotong api dari neraka sehingga mendidihkan kepalanya”
(Kata at-tirmidzi :hadith ini Hasan Sahih)
Dari Ibn Abbas , sesungguhnya Rasulullah bersabda “Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan siksaannya adalah Abu Talib , dia akan memakai sepasang kasut (daripada neraka) yang akan menyebabkan kepalanya mendidih”.
hadith ini diriwayatkan oleh Muslim
Dari Abu darda’ , sesungguhnya Rasulullah bersabda ” Ahli neraka akan ditimpa dengan rasa lapar yang sataraf dengan azab yang mereka rasakan, maka mereka meminta pertolongan lalu mereka diberikan makanan dari tumbuhan berduri yang tidak akan menghilangkan kelaparan mereka, maka mereka meminta pertolongan lagi, lalu diberikan kepada mereka makanan yang menyebabkan mereka tercekik.Mereka pun teringat bahawa mereka akan meminum air semasa tercekik ketika didunia dahulu maka mereka pun meminta pertolongan lalu diangkat kepada mereka air yang bergelogak panas,Apabila air itu dirapatkan ke muka mereka , maka terbakarlah muka mereka dan apabila air itu memasuki perut mereka , terpotonglah segala isi perut mereka …………………..”
Dari Abu Hurairah , sesungguhnya rasulullah bersabda “Sesungguhnya kulit ahli neraka setebal 42 hasta , gigi mereka seberat bukit uhud dan tempat duduk mereka daripada neraka jahannam seluas jarak dari Meka dan madinah.
Subscribe to:
Posts (Atom)